Isnin, 12 Disember 2011

RANCANGAN HARIAN BAHASA MELAYU



TAHUN 3



RANCANGAN HARIAN

Nama Subjek  :Bahasa Melayu

Tahun              :3

tarikh               :27.10.2011

Masa               :8.00-8.30 pagi

Jumlah murid   :14 orang

Fokus Utama    :Membina dan menulis perkataan , ayat tunggal dan ayat majmuk.

Aras                 :2 Membina ayat majmuk daripada 2 ayat tunggal menggunakan kata  
                            hubung.(dan, sambil)

Fokus sampingan :3.1Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara tau tajuk dengan 
                                menggunakankata, istilah, frasa dan ayat yang tepat dan laras
                                bahasa yang sesuai.
                              

Aras                     :1 ii)Menegmukakan maklumat dengan menggunakan ayat yang sesuai.

Objektif                :Pada akhir pengajaran ini murid dapat:
                             1.Murid dapat membaca ayat  ayat tunggal  dan membina ayat    
                                majmuk menggunakankata hubung yang sesuai dengan betul.
                             2.Murid dapat membina ayat majmuk daripada dua ayat tunggal
                                menggunakan katahubung 'dan' dan 'sambil' berdasarkan gambar.

Aktiviti                 : Set induksi.
                               1.Guru memberi satu simulasi kepada pelajar dan membimbing
                                  murid membina ayat tunggal berdasarkan aktiviti murid.
                               2.Guru memperkenalkan kata hubung dan ayat majmuk kepada
                                  murid-murid.

                                Langkah 1
                               1.Guru menunjukkan contoh gambar aktiviti menggunakan
                                  komputer.
                               2.Murid akan membina ayat tunggal berdasarkan aktiviti dalam
                                  gambar.
                               3.Guru membimbing murid membina ayat majmuk daripada  dua
                                  ayat tunggal yang dibina.
                               4.Guru memberi penerangan tentang penggunaan kata hubung 'dan'
                                  dan 'sambil'dalam ayat.

                                Langkah 2
                               1.Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil.
                               2.Guru memberi arahan dan penerangan tentang aktiviti kumpulan.
                               3.Guru mengedarkan kertas aktiviti kumpulan kepada setiap
                                  kumpulan.
                               4.Murid-murid akan membaca 2 ayat tunggal yang diberi dan
                                  membina ayat majmuk menggunakan kata hubung yang sesuai.
                               5.Murid akan melihat gambar yang diberikan dan membina 2 ayat
                                  tunggal berdasarkan gambar.
                               6.Murid akan membina ayat majmuk daripada 2 ayat tunggal yang
                                  dibina berdasarkan gambar yang diberinya.
                               7.Guru menampal kertas jawapan murid dipapan putih dan
                                  menyemak jawapan murid.
                               8.Guru memberi penghargaan kepada jawapan murid.

                               Langkah 3
                              1.Guru akan memberi penerangan tentang aktiviti individu.
                              2.Kemudian guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap
                                 kumpulan.
                              3.Murid menjawab soalan dengan teliti dan guru menyemak jawapan
                                 murid.
                              
                               Penutup
                               1.Guru meminta murid-murid memberi ulasan tentang tajuk yang
                                  dipelajari.



Selasa, 29 November 2011

CONTOH MAKRO PENGAJARAN (VIDEO KLIP) DAN SILED



CONTOH MAKRO PENGAJARAN




SLIDE PENGAJARAN LANGKAH 1


slide 1 

ABU BUAT APA?










 slide 2
ABU BERMAIN BOLA












KASIM BUAT APA?









KASIM BERMAIN BOLA.





APA MEREKA BUAT?











Abu bermain bola.
Kasim bermain bola.

Abu dan Kasim bermain bola.



Yoges buat apa?




1.Yoges membaca buku.
2.Yoges masak.

REFLEKSI


REFLEKSI MIKRO PENGAJARAN
    
KEKUATAN
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan makropengajaran ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini kemusian akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru.
            Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.
             Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mencungkil minat murid terhadap pelajaran. Bahan bantu mengajar yang disediakan amat  berkesan dan berjaya merangsangkan pemikiran kreatif murid dan mengemukakan maklumat dengan betul seperti yang diharapkan oleh guru.

           
3.2       KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan makropengajaran ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil  (3 minit) untuk melakukan sesuatu langkah 1. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.
            Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu murid dengan lebih dekat.
           LCD yang digunakan pada proses pengajaran dan pembelajaran  tdak dapat berfungsi dengan betul kerana paparannya pudar sedikit. Namun murid dapat membaca apa yang dipapar dalam tayangan ICT.

3.3       LANGKAH MENGATASI
Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan microteaching, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses P&P. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.
            Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.